Subscribe to My Newsletter
The benefits your subscribers are going to receive from your newsletter
Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder

Salam..

Korang pernah tengok kan filem Twilight New Moon yang menjadi kegilaan di USA terutama di kalangan remaja. Filem  mengenai puntianak  ini mempunyai follower yang tersendiri. Apa yang aku nak cerita nie ada kaitan dengan “filem” twilight new moon nie.

Pihak “NECA” iaitu satu jenama yang tidak asing lagi yang mengeluarkan “Trading Card ” untuk filem-filem telah mendapatkan hak untuk menjayakan ” Trading Card” untuk filem-filem twilight. Trading card untuk Twilight dan Twilight New Moon cukup menjadi rebutan di Internet terutamanya eBay.

Secaraa asasnya Trading card Twilight New Moon mempunyai 72 asas kad dan hanya terdapat tidak sampai 10 trading card yang bernilai tinggi yang di masukkan secara random di dalam setiap bungkusan . Setiap bungkusan Trading card ini mempunyai 6 trading card yang berbeza dan kadang2 mempunyai  kad yang sama.

Trading card Twilight new moon ini dijual mahal kerana ia mempunyai nilai yang tinggi terutama apabila disimpan sebagai koleksi dan dijual balik kepada peminat yang mencarinya . Pernah satu keping Trading card twilight dijual pada harga 600usd kerana ia sukar didapati .

Aku akhirnya berjaya memperolehi koleksi Trading New moon untuk 72 base set ini dan juga base card yang lain untuk skuel pertama iaitu twilight . nie antara koleksi aku untuk paparan korang. Aku rasa ia adalah satu pelaburan yang baik . Nilai ia pasti akan meningkat dari tahun ke tahun .