Pos Malaysia lancar setem, sampul surat harimau
KUALA LUMPUR 19 Feb. – Sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea, Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi setem, sampul surat hari pertama dan fail bertemakan harimau pada 23 Februari ini. Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad, Yasmin Ramli berkata, tema harimau dipilih kerana haiwan tersebut merupakan simbol kekuatan [...]







