Ammbiz Dot Com

eBay | Malaya Banknotes | Malaya Setem | Niche | Ammbiz dot Com | Blogger |ganocelium| ebay vintage| coin collection|coin| numismatic|history of money

ad

Number Kereta VIP untuk di jual

Salam …

Ringkas sahaja untuk pagi nie … dalam aku nak siap2 untuk ke pejabat , Aku sempat wawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan 2 number kereta yang cantik @ no. VIP.

Susah nak dapatkan number nie . Aku tolong  jualkan dalam blog nie .

( HARGA : 60,000.00 -LEH NEGO)

DAN

 

( HARGA : 40,000.00 -LEH NEGO)



kalau korang ada berminat ..jangan tunggu lama2 .. cal aku CEPAT!!  019-4301918 (AMMBIZ)

Rare coin fetches over £2.3 million in auction

liberty

MIAMI (Reuters) – A rare 1913 U.S. coin once owned by an Egyptian king and later featured in a famous U.S. TV detective series was sold for more than $3.7 million (2.3 million pounds) in a public auction in Florida, the auctioneers said on Friday.

The so-called Liberty Head nickel, one of only five known of that specific date and design, was sold “in spirited bidding” to a private East Coast coin collector in Orlando late on Thursday, said Greg Rohan, president of Dallas, Texas-based Heritage Auctions. The buyer wished to remain anonymous.

The $3,737,500 price for the five-cent coin included a 15 percent buyer’s premium.

“It is probably the most famous United States rare coin,” Rohan said in a statement.

Once part of the coin collection owned by Egypt’s King Farouk, who was deposed in 1952, the Liberty nickel changed hands several times and featured as part of the plot in a 1973 episode of the well-known CBS TV series ”Hawaii Five-O.”

The value of the rare coin, which was made at the Philadelphia Mint with the Miss Liberty design, crossed themillion dollar mark in 2003.

(Reporting by Pascal Fletcher; Editing by Doina Chiacu)

Apa patut aku buat ?

Salam..

Semalam aku baru masuk kerja selepas cuti 6 hari .. huhuhu .. sampai bos pun bertanya lama cuti … aku bercuti camna yang aku post ari tu .. aku balik ke ipoh dan ke KL. Sempat juga aku ke Bangsar Village , Mid Valley Megamall .

bb

Post ari nie cam ner nak tingkatkan sales ebay ? sapa tahu  ? aku masih lemah dalam bab-bab nie , ada yang kata kena buat kajian di terapeak dan lain2 .. ada tak checklist pasal benda2 nie ..kalau sesiapa yang terbaca post nie ..share le kat sini .. aku masih tak berubah income aku sejak dua menjak nie . Dah le masuk  tahun 2010 , income aku sikit pun tak berubah.. semakin berkurangan der la.. adakah aku perlu tamatkan perjuangan aku kat sini jer ? adakah aku perlu teruskan perjuangan dalam ebay nie … masih tak ada jawapan buat masa ini .

Aku rasa keyakinan aku semakin merudum buat masa ini. Account ebay aku tak der masalah .. maybe aku tak ada guide line yang dapat membantu aku dalam menjana wang di ebay . huhuhu rasa tak bersemangat jer buat masa nie ..

So , APA PATUT AKU BUAT  ?

Bercuti : sehingga 5hb Januari 2010

Salam..

Kepada pengunjung blog yang tidak seberapa ini , aku akan mula bercuti pada 1hb Januari 2010 sehingga 5hb Januari 2010. Aku akan berada di KL. Lama gak aku tak ke sana. Ada urusan dan bercuti sekali le nampaknya.

So apa korang buat masa cuti nie … lepak ngan kawan2 atau ada pertunangan ke? hehehe kepada yang ada majlis pertunangan tu Tahniah di ucapkan . Akan masuk tahun baru dan azam baru . Dah tertunai ker azam tahun nie ? kalau belum boleh bawak jer utk tahun 2010. 

Paling penting tahun baru nie , akan ada perubahan dari segi fokus aku .. masih dengan ebay , tapi aku sedang berusaha untuk belajar ilmu cam ner nak buat website online store sendiri. Aku ada beli ebook Puan Sarah . baru download separuh semalam. Ada aaku baca sepintas lalu . Ok jer nampaknya tapi aku belum ada masa untuk tengok semuanya dan ikut apa yang ada dalam ebook tu. 

Dalam pada tu … ada ucapan sikit kepada geng opis aku .. 

Mula.. untuk malik oh .. abang malik huhuhu .. Terus kan usaha … faham2 jer la … dah jumpa berkenan tu  ajak jer Kahwin ..hehehe .. 

Untuk yati .. bebanyak bersabar jer  .. faham2 jer la… yer .. 

Untuk Miza .. teruskan usaha .. harvest..  dengar dah besarkan ladang.. huhuhu

Untuk Su .. kalau kenduri tu .. jangan lupa ..panggil .. hehehe. 

Untuk eton … semoga .. perhubungan dengan si dia semakin mekar… huhuu .. tak leh tulis byk kat sini …heheh ,, nanti kena tembak plak .. :)

Untuk Sha … hehehe… semoga selamat hendaknya   ..faham2 jer la   :)

Untuk  Ipah … teruskan usaha .. besarkan ladang…  Twilight .. Go Twilight   :)

Kesempatan nie aku nak ucapkan “SELAMAT TAHUN BARU 2010 untuk semua pengunjung website/blog aku nie yang tak seberapa. 

Sampai Jumpa lagi pada 6 Januari 2010 .

Mencari Sifu

Salam..

Tahun 2010 akan menjelma tidak lama lagi.. mesti korang terfikir nak letakkan azam tahun baru . Ada yang berazam untuk  berjaya dalam hidup atau nak berjaya dalam business. Tapi bagi aku azam tahun 2010 nie , aku hendak mencari sifu dalam perniagaan bisnes internet. Ada sesiapa yang sudi menjadi sifu aku ? .. ada ke tak ada ? huhuhu.. harap ada le .. sifu untuk perniagaan sebenar bukan yang nak ajar untuk masuk program pelaburan sana , pelaburan sini. 

Sifu yang dapat membimbing terutama dalam bloging. Cam ner nak menjana dalam bloging. Masih ada sifu yang nak ajar Free , maksud aku tanpa bayaran ?  yang bagi tips 2 yang berguna dalam bisnes internet nie ? . Aku rasa susah nak jumpa , maybe aku kena tanya diaorang kot. Tak kan diaorang nak offer jadik sifu aku ye tak ? 

Tahun 2010 , fokus aku masih pada Ebay. Ebay yang memberi pendapatan kepada aku untuk tahun 2009 nie. Walaupun tak banyak itu yang membuat kan aku bertekad untuk mencapai target income ebay average sama ngan makan gaji aku. Korang rasa boleh tercapai ker ? atau aku masih perlu menghadiri seminar atau amik PC ngan sifu2 yang menjana duit 20-30K sebulan ?

Secara keseluruhan pendapatan ebay tahun 2009 nie masih ditahap yang agak baik tapi lebih baik dari tahun 2008. Aku rasa ada teknik rahsia otai2 ebay nie yang boleh menjana wang yang tak ingat setiap bulan. Apa rahsia mereka ?  apa perancangan mereka utk tahun hadapan ? korang tahu ker ..? apa pendapat korang ?  alau ada share le kat sini ..

Sampai jumpa lagi 

* man nak cari sifu nie yer ?

Datuk aku meninggal dunia

Salam..

Seingat aku sudah 5 hari Datuk aku meninggal dunia dan 5 hari itu lah aku tidak menulis. Dalam usia 97 tahun pemergian arwah diratapi oleh segenap keluarga. Walaupun aku tidak rapat dengan datuk aku tapi setiap hari raya aidilfitri atau hari raya aidiladha akan aku sampai di rumah datuk aku untuk berhari raya. 

Kali terakhir aku sempat berhari raya bersama pada hari raya Aidiladha 2009 baru-baru nie. Pada masa itu keadaan arwah tidak berapa sihat . Dah tersurat pada 23 dec 2009 datuk aku sudah tiada di dalam dunia ini.

Aku masih ingat masa aku kanak2 , aku selalu ke kedai datuk aku di Kangar meneman ayah aku untuk berjumpa. Tak dapat aku lupakan masakan siam yang dijual di situ cukup sedap. Itu masa kanak2 apa yang aku tau masa itu. 

Dan teringat masa aku , isteri aku dan mak/bapak mertua aku  berjumpa dengan datuk aku selepas perkahwinan aku dalam tahun 2007. Begitu seronok mak mertua aku pada masa itu . Bersembang dan bergelak ketawa terutama pasal Salasiah keluarga. 

Tapi hari ini setelah pemergian arwah , terasa sunyi pulak . Semoga datuk aku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sana. Al Fatihah….

esok aku sambung lagi .. menulis

Mudah.my – Beli belah Dalam talian

Salam..

Berjumpa kembali hari nie . pepagi tadi aku sempat membaca di kosmo online pasal bumbung runtuh lagi .. di Terengganu. kali -2 aku rasa pasal runtuh nie di terengganu. Apa pun apa yang aku hendak share kat blog ari ni ialah mengenai Mudah.my . 

Mudah seperti alamat webnya . Di sini anda boleh mencari barang keperluan anda di sini . Terdapat banyak kategori dan ia mengikut negeri. harga yang ditawarkan boleh dikatakan agak mahal tapi boleh tawar menawar. 

Di nasihatkan juga kepada yang baru hendak berjinak dengan mudah,my sini supaya apabila hendak deal ngan pembeli perlulah kalau boleh dengan bersemuka. Jangan hanya membuat bayaran melalui transfer wang cam tu sahaja kerana ada segelintir penjual di sana tidak jujur atau SCAM. Ada yang tertipu apabila membuat bayaran barang yang dibeli tidak kunjung tiba.

Dinasihatkan agar bersemuka untuk membuat segala urusan belian agar lebih selamat. Web mudah.my ini dimasa hadapan kalau boleh mengikut jejak langkah ebay sepperti segala urusan belian di beri Feedback . Feedback ini boleh memberi satu guideline yg mana satu penjual atau peniaga yang betul -betul jujur dan selamat untuk urusan jual beli .

Itu pandangan aku sahaja moga ia terus maju .. dan memberi pulangan kepada kedua-dua belah pihak.

Listing Duit lama di ebay ( Sales)

Salam..

Masih ingat di last postting pasal aku der cerita pasal duit lama yang dilisting di ebay tu… kedua-dua tu ada sales nie saya paparkan yg sempat saya SS .

dan

Kedua-dua coin tu ternyata ada sales . Aku bukan bertujuan nak tunjuk hebat  ke apa ke. Tujuan aku nak yakinkan bahawa ternyata duit lama ada nilai yang tersendiri dan fikirkan lah kalau korang ada duit macam nie bukan 1 atau 2 tapi banyak dari aku .. mesti boleh menjana duit di ebay.

So, korang kena usahakan carik le duit-duit lama dan jual di ebay .. memang berbaloi.

Sampai itu jer utk kali nie … aku baru balik dari Penang. So mlm nie free so aku post hasil di ebay untuk tatapan korang  :)

Listing Duit Lama di ebay

Salam..

Terlalu sibuk dengan kerja di tapak bina dan sibuk dengan bisnes online dan Offline membataskan aku nak tulis kat sini , tapi untuk bulan nie masih belum ada lagi post aku so , kali  nie aku nak cerita sikit pasal item aku yg di listing di ebay. ITEM aku kali nie macam biasa ler ..kalau tak bukan duit lama aku dan setem aku tu ..

Duit lama nie masa aku dapat tu beli di internet gak le.. boleh tahan harganya. Duit nie duit dari Malaya juga le .. kira aku listing di ebay nie dlm 7 hari , harap ada le yang beli . so nak tau ker duit apa .. nanti aku letak pic dia kat bawah nie ..

Satu lagi masih duit Malaya juga yang aku listing . Harap2 ada yang bid. Kedua-dua nie agak sukar dicari sekarang nie. maybe rakan-rakan yg baca nie ada koleksi macam aku tapi lebih elok . So , simpan elok2 buat koleksi  :) . nie aku snap masa listing utk tatapan korang.

Oklahitu sahaja untuk kali nie .esok kalau sempat aku akan snap untuk setem baru yang beli hari nie… pe pagi tadi.

Masak dan Bolasepak raih Emas sukan SEA

Salam..

Hari aku cuti .. cam biasa jer jumaat cuti di Utara. Sambil tu mal Hijrah so hari nie dan esok ingat cuti le .. tapi .. esok kena pi opis plak .. bos mintak kami ke opis . Ada le tu kerja yang kena selesaikan . So apa yang aku nak cerita , hari nie aku dan wife aku masak kat rumah ker… Menu masakan hari nie ialah Daging masak kicap , Udang dengan kacang bungcis dan Lala masak sos jer.

Masa aku dok tulis nie .. bau daging masak kicap ..perh . menusuk hidung. Tak sabar rasanya nak makan . maklumlah kami jarang masak kat rumah kerana masing-masing bekerja , so cuti nie la kami amik kesempatan untuk masak kat rumah .

Korang tengok bola tak petang semalam? kalau korang tak sempat tengok memang rugi .. sebab malaysia akirnya telah berjaya meraih dan membawa pulang pingat Emas sukan SEA 2009 . Emas itu telah dijelmakan oleh anak-anak buah jurulatih Rajagopal yang rakyat Malaysia telah menanti selama 20 tahun sejak 1989 lagi. malaysia sebelum ini telah berjaya mengalahkan Thailand 2-1 , mengalahkan tuan rumah Laos  3-1  danMenang di Final menang 1-0 .

Aku tengok semalam team kita bawah 23 tahun nie boleh pergi jauh . Di bawah kendalian jurulatih Rajagopal nie team nie mempunyai skil dan semangat juang untuk membawa Malaysia kembali digeruni di Asia tenggara. Walaupun banyak yang perlu di pelajari. Team ini aku rasa perlu banyak mendapat pendedahan di luar negara. banyakan perlawanan persahabatan dengan negara yang lebih baik ranking dari malaysia.

Penting bagi skuad Rajagopal nie di kekalkan . Tak perlu rasanya tema ini dipecahkan . Biar didalam satu team dalam 3-5 tahun . Insya Allah team nie akan kuat dan membawa Malaysia yang dahagakan kemenangan . Tahniah kepada skuad bawah 23 tahun kendalian Rajagopal dan terus maju Bolasepak Malayia

Sampai jumpa lagi esok

Bz : tak sempat buat apa pun

images

Salam ..

Bz betul hari nie . memang tak dijangka bz sampai tak sempat nak buat perkara lain.  bz pasal kerja tapi bisnes tetap tak dilupakan. Ebay pun alhamdulillah ada sales. Walau tak banyak . Sedikit-sedikit pun ada masyuk gak.  Tahun 2010 dah dekat nie so kena ada perancangan baru le pasal apa yang patut di buat . mencari produk baru ker?  perlu ada perancangan yang rapi ker pasal ebay untuk listing tahun baru nie.

Sembang pasal bab perancangan untuk listing tahun depan , aku masih tercari -cari produk yang boleh memberi atau menjana pendapatan di ebay atau di website. Produk yang sederhana harganya tapi shipping kos tak tinggi sangat. kena buat kajian nie .. dalam dok bz juga dapat panggilan dari kakak aku yang sedang berjinak-jinak untuk buat biz internet gak .

nie mesti pasal apa yang aku cerita masa dia balik raya Qurban ari tu . Teruja dia tengok aku leh menjana pendapatan dari blog dan ebay. Dapat jumpa dia ada le dia kasik satu produk kesihatan yang aku belum pernah tengok . Hmm.. dia kata dah mengunakan dan memberi kesan yang baik . nampak kurus sikit dah sekarang. banyak yang perasan katanya. So , asyik dapat panggilan pasal produk nie so .. tu yang  jumpa aku untuk minta buat web ker blog ker.

Esok pepagi maybe kat opis le aku siapkan blog dia tu . pepagi kat opis sempat le tengok sales ops jangan dilupakan kena antar 2 barang ke pejabat pos esok . Ada buyer dari shah alam dan terengganu beli barang fizikal aku nie .

oklah sampai jumpalagi .. aku cerita .. sempat gak aku menulis hari nie .. walau kadang-kadang nampak merapu jer.. tak per cabaran menulis 90 hari mesti diteruskan … displin-displin  :)

Ebay : Account Buyer kena Suspend

Salam.. 

Hari nie aku nak menulis mengenai account ebay buyer yang membeli barang  aku di ebay telah disuspend . Barang tu aku tak perlu rasanya untuk aku jelaskan di sini .Bukan aku sengaja hendak berbuat demikian tetapi aku tidak ada pilihan kerana masa yang diberikan kepada buyer nie   agak lama dari yang sepatutnya supaya menjelaskan bayaran. Aku masih bertolak ansur tapi akhirnya aku terpaksa membuat keputusan  yang agak berat . Hidup perlu diteruskan . 

Setiap buyer patut tahu apabila bid di ebay sama ada menang atau tidak perlu melihat kemampuan dahulu baru berani bid. ini tidak , bid tanpa ada strategi dan bila menang dah panik bila tak mampu membuat bayaran.

 

Money stacks

Aku pun kesian jugak tapi nak buat cam na, aku terpaksa minta balik Final Value Fee (FVF) dari ebay . Kira banyak gak ler . Apa yang boleh di ambil iktibar buat kawan-kawan dan juga diri aku , nak bid kena la faham betul-betul proses di ebay dan paling penting bid ikut kemampuan masing.masing.

Pendapat aku pasal nie aku  rasa ebay pun dah straight sekarang. Ebay hanya perlukan buyer/seller yang serius dan jujur yang ingin buat bisnes. Tak mau dah ebayer yang SCAM cam nie.

Oklah cam tu jer untuk hari nie . macam-macam karenah buyer di ebay nie yer .

ad