Subscribe to My Newsletter
The benefits your subscribers are going to receive from your newsletter
Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder

note-pen

 

 

Aku ada terbaca di blog Titan hari ini pasal tajuk diatas. Tajuk di atas aku rasa memang sukar bagi aku . Bolehkan aku menulis setiap hari di blog dalam masa 90 hari ? Fuh .. terasa sukar tetapi tak mustahil aku dapat menulis dalam masa 90 hari . Tips Titan ini aku rasa tips yang memberi satu cabaran kepada aku untuk menulis di blog ini . 

Aku rasa memang rugi kalau dipikirkan kembali jika blog aku yang telah berusia hampir 2 tahun ini dbiarkan begitu sahaja . Adakah aku malas untuk menulis atau aku tidak ada masa untuk menulis ? Mungkin kedua-duanya. 

Tetapi aku berazam tahun 2010 yang akan menjelma tidak lama lagi , aku akan pastikan aku dapat menulis dan melalui cabaran “Menulis Blog Selama 90 Hari “  dengan jayanya. 

Selama hampir 2 tahun nie aku rasa aku banyak merepek dalam tulisan-tulisan aku di blog ini . Aku rasa banyak juga aku hanya copy & paste. Tak da masa katakan.. maybe tu semua alasan yang selalu aku bagi … sibuk le.. , tak sempat le . ..dan macam-macam lagi la.. huhuhu .. itu yang akan aku cuba ubah.

Dalam 2 tahun ni juga aku rasa aku lebih serius dan fokus  dalam menjana pendapatan di ebay. Aku rasa itu satu-satunya yang memberi aku “dollar ” buat masa ini. Walaupun tak banyak mana pendapatan yang aku jana , tetapi aku rasa seronok dan puas dalam proses bisnes ebay tu. Tapi aku rasa benda nie kena amik masa yang panjang dan tidak pernah kenal putus asa. Sinar itu akan muncul nanti.

Penulisan di blog nie  aku rasa untuk ” Menulis Blog Selama 90 hari”   lebih kepada blog peribadi  dahulu dan lepas tu barulah kena niche -niche tertentu . Itu aku rasa bukan sekarang untuk dibincangkan ..lepas 90 hari kot?  sapa tau .. 

Stop kat sini kot. walaupun sedikit , tapi itu  idea yang aku rasa ada buat masa nie ..