Masak dan Bolasepak raih Emas sukan SEA
Salam..
Hari aku cuti .. cam biasa jer jumaat cuti di Utara. Sambil tu mal Hijrah so hari nie dan esok ingat cuti le .. tapi .. esok kena pi opis plak .. bos mintak kami ke opis . Ada le tu kerja yang kena selesaikan . So apa yang aku nak cerita , hari nie aku dan wife aku masak kat rumah ker… Menu masakan hari nie ialah Daging masak kicap , Udang dengan kacang bungcis dan Lala masak sos jer.
Masa aku dok tulis nie .. bau daging masak kicap ..perh . menusuk hidung. Tak sabar rasanya nak makan . maklumlah kami jarang masak kat rumah kerana masing-masing bekerja , so cuti nie la kami amik kesempatan untuk masak kat rumah .
Korang tengok bola tak petang semalam? kalau korang tak sempat tengok memang rugi .. sebab malaysia akirnya telah berjaya meraih dan membawa pulang pingat Emas sukan SEA 2009 . Emas itu telah dijelmakan oleh anak-anak buah jurulatih Rajagopal yang rakyat Malaysia telah menanti selama 20 tahun sejak 1989 lagi. malaysia sebelum ini telah berjaya mengalahkan Thailand 2-1 , mengalahkan tuan rumah Laos 3-1 danMenang di Final menang 1-0 .
Aku tengok semalam team kita bawah 23 tahun nie boleh pergi jauh . Di bawah kendalian jurulatih Rajagopal nie team nie mempunyai skil dan semangat juang untuk membawa Malaysia kembali digeruni di Asia tenggara. Walaupun banyak yang perlu di pelajari. Team ini aku rasa perlu banyak mendapat pendedahan di luar negara. banyakan perlawanan persahabatan dengan negara yang lebih baik ranking dari malaysia.
Penting bagi skuad Rajagopal nie di kekalkan . Tak perlu rasanya tema ini dipecahkan . Biar didalam satu team dalam 3-5 tahun . Insya Allah team nie akan kuat dan membawa Malaysia yang dahagakan kemenangan . Tahniah kepada skuad bawah 23 tahun kendalian Rajagopal dan terus maju Bolasepak Malayia
Sampai jumpa lagi esok








Leave a Reply