Keluaran Januari 2010 : Setem matawang
KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad mengeluarkan koleksi setem dan sampul surat hari pertama menampilkan tema mata wang Malaysia bermula 18 Januari ini.
Setem itu memaparkan imej keunikan wang syiling Malaysia seperti motif wau dan tepak sirih.
Ketua Setem dan Filateli, Yasmin Ramli, berkata koleksi itu dikeluarkan dengan kerjasama Pos Malaysia dan Bank Negara sempena sambutan ke-50 Bank Negara.
Ini satu pengiktirafan kepada Bank Negara. Setem ini keluaran pertama menggunakan teknik percetakan ‘Silver Metal Foil’ dengan bentuk bulat yang pasti menggamit minat pengumpul setem,” katanya.
Beliau berkata, koleksi setem berukuran 35 milimeter (mm) x 35mm yang dicetak 10 setem satu atas kertas khas dilengkapi ciri keselamatan dijual dalam tiga reka bentuk wang syiling 10 sen, 20 sen, 50 sen dan dijual 50 sen setiap setem.
* Pendapat aku .. agak boleh tahan jer design kali nie .. jangan lupa dapatkan setem matawang pada 18hb Januari 2010 .









February 19th, 2010 at 4:34 pm
dari mana saya boleh mendapatkan setem dan sampul surat hari pertama setem matawang – pd hari berkenaan saya bermesyarut tidak dapat menbelinya.
February 19th, 2010 at 9:52 pm
buat masa nie … boleh cek di ebay.com.my
August 28th, 2010 at 9:34 am
Well, the post is in reality the greatest on this noteworthy topic. I fit in with your conclusions and will eagerly look forward to your incoming updates. Saying thanks will not just be enough, for the great lucidity in your writing. I will at once grab your rss feed to stay privy of any updates. Solid work and much success in your business enterprize Forex Forum is the best place to find a Stock market Forum and news.