Subscribe to My Newsletter
The benefits your subscribers are going to receive from your newsletter
Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder

Sejak abad ke 8 Masihi penduduk asia tenggara telah membentuk beberapa kerajaan yang besar seperti SERIVIJAYA di Sumatera dan SALINDRA di Jawa. kerajaan ini secara rasmi menggunakan EMAS dan PERAK sebagai alat pertukaran dan matawang.

Matawang emas terdiri daripada unut-unit yang dinamakan SATU MAS ( kandungan emas : 20 saga = 2.4 gram)dan SATU KUPANG (Kandungan emas : 5 saga = 0.60 gram). Ini bererti tukaran nya ialah 1 MAS = 4 KUPANG. Oleh kerana matawang ini digunakan dan dinilai mengikut berat/kandungan emasnya maka ia boleh diterima oleh serata pelusuk nusantara.Oleh itu matawang EMAS ini layak digolongkan sebagai ” MATAWANG PERDAGANGAN”.

Matawang perak yang paling awal berasal dari Sepanyol dan negeri jajahannya di namakan ” REALLE” . Pada tahun 1511 orang Portugis telah menguasai bandar Melaka yang digunakan sebagai tapak perdagangan baru mereka dan membentuk satu jalur perhubungan Macau-melaka-Goa-Gomrun-Timur Tengah – vince . Sejak itu Portugis telah memansuhkan penggunakan matawang tempatan dan sambil memperkenalkan matawang baru mereka.

Sejak tahun 1523 orang Sepanyol pula telah memsuki asia tenggara dan menguasai manila. Di kepulauan nusantara dan Malaya pada masa itu pengunaan matawang perdagangan terutamanya wang emas telah lama wujud . Kupang emas dari makassar , Kupang emas dari pattani. Satu derham dari Pasai , Satu Kupang dari Kedah , satu mas dari Terengganu ( Sultan Zainal Abidin II)dan satu mas dari Johor(Sultan Abdul Jalil II)