Datuk aku meninggal dunia
Salam..
Seingat aku sudah 5 hari Datuk aku meninggal dunia dan 5 hari itu lah aku tidak menulis. Dalam usia 97 tahun pemergian arwah diratapi oleh segenap keluarga. Walaupun aku tidak rapat dengan datuk aku tapi setiap hari raya aidilfitri atau hari raya aidiladha akan aku sampai di rumah datuk aku untuk berhari raya.
Kali terakhir aku sempat berhari raya bersama pada hari raya Aidiladha 2009 baru-baru nie. Pada masa itu keadaan arwah tidak berapa sihat . Dah tersurat pada 23 dec 2009 datuk aku sudah tiada di dalam dunia ini.
Aku masih ingat masa aku kanak2 , aku selalu ke kedai datuk aku di Kangar meneman ayah aku untuk berjumpa. Tak dapat aku lupakan masakan siam yang dijual di situ cukup sedap. Itu masa kanak2 apa yang aku tau masa itu.
Dan teringat masa aku , isteri aku dan mak/bapak mertua aku berjumpa dengan datuk aku selepas perkahwinan aku dalam tahun 2007. Begitu seronok mak mertua aku pada masa itu . Bersembang dan bergelak ketawa terutama pasal Salasiah keluarga.
Tapi hari ini setelah pemergian arwah , terasa sunyi pulak . Semoga datuk aku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sana. Al Fatihah….
esok aku sambung lagi .. menulis








Leave a Reply