Subscribe to My Newsletter
The benefits your subscribers are going to receive from your newsletter
Name:
Email:
 
Powered by Optin Form Adder

Salam ..

Sibuk sungguh minggu ni dengan kerja dan  peribadi tetapi menulis di blog kena la buat juga . Projek aku kat Uitm  dah menunjukkan ada kemajuan tetapi ia perlulah dipantau dan dipercepatkan , kalau tidak mau bos aku naik angin. Esok ada pernilaian di tapak .. harap boleh claim banyak2 untuk kerja2 lain yang perlu di atur.

Post aku hari ini ialah berkaitan dengan koleksi aku yang aku rasa terpanggil untuk aku coretkan disini. Tentulah berkaitan dengan setem Malaya negeri Perlis . Setem yang dikeluarkan  di Malaysia pada tahun 1957 itu digunakan seluruh Malaya sehingga 1962 TYPE 9 . Setem yang aku ceritakan ini ialah yang berlatarkan “Potrait”  Raja Syed Putra iaitu Raja Perlis yang memerintah pada masa itu.

Setem ini didatangkan dalam nilai 1c , 2c, 4c , 5c,8c,10c,20c,50c,$1,$2 & $5 . Dahulu “c” bermaksud sen pada setem sekarang. Apa yang aku nak paparkan di sini ialah koleksi setem yang baru aku dapatkan dari “kawan” aku ini . Setem 1c & 2c dalam bentuk Sheetlet mempunyai 50 keping . Sheetlet bermaksud 1 lembaran setem tanpa dipotong .

Setem-setem ini jarang didapati dalam bentuk lengkap Sheetlet , maklumlah sudah lebih 50 tahun sejak merdeka . Tak banyak yang menyimpan koleksi setem sebegini . Setem baru banyak lah .. nie aku sempat scan untuk tatapan korang..  Korang rasa ia bernilai ker kalau jual dalam ebay nanti ?   :) )

itu lah untuk kali nie , post seterusnya aku akan cerita mengenai duit lama dan watawang pulak ..  :)

sampai jumpa lagi.